Monday, April 25, 2011

Jurulatih PMA "promoted" to 4th DAN


Beberapa Jurulatih PMA Master Azhari, Master Ariffin dan Master Iwan telah "promoted" ke 4th DAN WTF . Kenaikkan talipinggang ini mengguatkan lagi academy kita demi memberi latihan terbaik. Sijil talipinggang tersebut telah di sampaikan oleh Master Kang 7th DAN dari Korean Taekwondo Association ( KTA ). Selain dari itu jurulatih PMA juga di tauliahkan sijil 4th DAN World Chun Kuhn Do Federation dari Supreme Grand Master Kim Bok Man. Tahniah diucapkan kepada mereka semua.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 8, 2011

PMA bersama Hapkido Master Scott Seo


Baru-baru ini Jurulatih PMA telah bertemu dengan Setiausaha Agung Persatuan Hanminjok Hapkido Association. PMA juga akan memperkenalkan Hapkido kepada peminat-peminat Hapkido di Malaysia. Dengan Bantuan Master Scott yang juga merupakan anak kepada GM Sun Seo sendiri maka bertambah kuat sokongan yang PMA terima. Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu HAPKIDO. Secara ringkasnya ia adalah seni beladiri korea yang amat popular ketika ini.
More info boleh ke laman web ini http://hmjhapkido.or.kr/

Thursday, April 7, 2011

Seminar Taekwondo 2011 di PSAS

PMA dengan kerjasama Kelab Taekwondo PSAS berserta JBS Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berjaya mengadakan Seminar Taekwondo untuk kali keduanya. Peserta seminar adalah dari sekitar sekolah didalam daerah batang padang dan terdiri dari pelbagai aliran Taekwondo. Penceramah jemputan yang di jemput pada kali ini ialah Mr. Lee dari Kedah. Beliau merupakan seorang pengamal taekwondo yang berpengalaman dan mempunyai teknik-teknik sparring yang hebat. Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan ajk yang telah menjayakan seminar ni.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, March 12, 2011

Pandangan Hadapan PMA

Ini adalah pandangan hadapan PMA yang terletak di tingkat 1, No 75 Jalan wawasan dagangan 3, Bandar Behrang 2020.

Ahli kecil PSSGM di PMA

Kelas PSSGM di Behrang 2020 bukan sahaja terbuka untuk dewasa malah kanak-kanak. Dua pendekar jecil ini adalah antara pelatih PSSGM di Behrang 2020 yang latihannya diadakan di PMA.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, March 8, 2011

Pertandingan Taekwondo di UITM

Minggu lepas PMA telah menyertai pertandingan taekwondo UITM antarabangsa. Alhamdullilah banyak kategori telah di ungguli oleh PMA. Harap di masa hadapan lebih baik lagi
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, February 16, 2011

Dimana lokasi PMA ?

Saya menerima banyak panggilan bertanyakan di mana lokasi PMA? Sebenarnya mudah sahaja nak cari PMA. PMA terletak betul di kawasan Shop Lot Bandar behrang 2020 bertentangan dengan Masjid behrang 2020. Sila lihat Pelan lokasi. Kalau tak jumpa juga boleh call Cikgu Iwan 0122300669. Bagi sesiapa yang menggunakan GPS boleh letakkan ko-ordinat GPS anda pada 3.723951,101.472602

Wednesday, February 9, 2011

Aerobik Untuk Wanita


Alhamdulillah setelah berusaha mencari Jurulatih yang terbaik, akhirnya pihak Academy telah berjumpa Kak Wan yang di rekomenkan oleh JBS Daerah untuk mengajar di Academy kita. Kelas akan di adakan pada setiap Isnin dan Kahmis dari jam 6 ptg sehingga 7 ptg dan yuran yang dikenakan hanya RM30 sahaja.

Hubungi Pn Suhartini - 019 6452 671 / 013 3802 501

Sunday, February 6, 2011

Jadual kelas Practical Martial Art 2011


Jadual kelas ini adalah sebahagian dari aktiviti Practical Martial Art. Ada banyak lagi program yang tidak di senaraikan seperti kelas Hapkido dan kelas Combat. InsyaAllah dalam masa terdekat Practical Martial Art akan membuka cawangan di Alor Setar.

Kejohanan Combat di UPSI 2011

Niat asalnya nak pergi jalan-jalan je sambil sembang2 dengan Ustaz dan bagi support pada Taekwondo UPSI. Tup-tup si Faiz kata " Abg Azhari masuk tau sparring". Heii ngko buat lawak lak kat sini. Ntah macam mana rasa lak nak sparring setelah sekian lama tak masuk. Last sekali masuk masa kejohanan di TTA sekitar tahun 2003 cam tu lah . Oklah nak rasa balik kan mcm mana perasaan di dalam gelanggang. Anyway feel good after a few years :) Thanks to everybody for your support. Lepas ni azam umur 40 lah baru nak masuk tournament lagi :)

Thursday, February 3, 2011

Berjumpa YDP PSSGM

Alhamdulillah pada 29 Januari 2011 yang lalu Jurulatih Practical Martial Art dapat berjumpa YDP PSSGM Cikgu Adiwijaya di Hotel De Palma. Di samping itu sempat juga berkenalan dengan Mak Ngah setiausaha PSSGM Perak . Cikgu Yaakob ( 6 dari kiri ) ada lah guru yang membimbing Cikgu azhari seajk dari tahun 1987 sehingga sekarang dan beliau merupakan YDP PSSGM Pulau Pinang. Dua dari kiri ialah Cikgu Shamsol, jurulatih kanan PSSGM Pulau Pinang. Dengar kata PSSGM akan masuk tentera. Syabas PSSGM. Semoga lebih berjaya di masa akan datang.

Monday, January 17, 2011

Salam Pertemuan

Practical Martial Art And Training Academy atau singkatanya PERTAMA ditubuhkan bagi mendidik anak2 bangsa meminati seni beladiri. Di samping itu ia merupakan pusat setempat di mana nilai2 kesukanan seni mempertahankan diri di pupuk. PERTAMA akan dan telah menyertai banyak kejohanan di peringkat Daerah, negeri dan antara kelab seperti di dalam sukan Taekwondo, silat Olahraga dan sebagainya.