Wednesday, February 16, 2011

Dimana lokasi PMA ?

Saya menerima banyak panggilan bertanyakan di mana lokasi PMA? Sebenarnya mudah sahaja nak cari PMA. PMA terletak betul di kawasan Shop Lot Bandar behrang 2020 bertentangan dengan Masjid behrang 2020. Sila lihat Pelan lokasi. Kalau tak jumpa juga boleh call Cikgu Iwan 0122300669. Bagi sesiapa yang menggunakan GPS boleh letakkan ko-ordinat GPS anda pada 3.723951,101.472602

Wednesday, February 9, 2011

Aerobik Untuk Wanita


Alhamdulillah setelah berusaha mencari Jurulatih yang terbaik, akhirnya pihak Academy telah berjumpa Kak Wan yang di rekomenkan oleh JBS Daerah untuk mengajar di Academy kita. Kelas akan di adakan pada setiap Isnin dan Kahmis dari jam 6 ptg sehingga 7 ptg dan yuran yang dikenakan hanya RM30 sahaja.

Hubungi Pn Suhartini - 019 6452 671 / 013 3802 501

Sunday, February 6, 2011

Jadual kelas Practical Martial Art 2011


Jadual kelas ini adalah sebahagian dari aktiviti Practical Martial Art. Ada banyak lagi program yang tidak di senaraikan seperti kelas Hapkido dan kelas Combat. InsyaAllah dalam masa terdekat Practical Martial Art akan membuka cawangan di Alor Setar.

Kejohanan Combat di UPSI 2011

Niat asalnya nak pergi jalan-jalan je sambil sembang2 dengan Ustaz dan bagi support pada Taekwondo UPSI. Tup-tup si Faiz kata " Abg Azhari masuk tau sparring". Heii ngko buat lawak lak kat sini. Ntah macam mana rasa lak nak sparring setelah sekian lama tak masuk. Last sekali masuk masa kejohanan di TTA sekitar tahun 2003 cam tu lah . Oklah nak rasa balik kan mcm mana perasaan di dalam gelanggang. Anyway feel good after a few years :) Thanks to everybody for your support. Lepas ni azam umur 40 lah baru nak masuk tournament lagi :)

Thursday, February 3, 2011

Berjumpa YDP PSSGM

Alhamdulillah pada 29 Januari 2011 yang lalu Jurulatih Practical Martial Art dapat berjumpa YDP PSSGM Cikgu Adiwijaya di Hotel De Palma. Di samping itu sempat juga berkenalan dengan Mak Ngah setiausaha PSSGM Perak . Cikgu Yaakob ( 6 dari kiri ) ada lah guru yang membimbing Cikgu azhari seajk dari tahun 1987 sehingga sekarang dan beliau merupakan YDP PSSGM Pulau Pinang. Dua dari kiri ialah Cikgu Shamsol, jurulatih kanan PSSGM Pulau Pinang. Dengar kata PSSGM akan masuk tentera. Syabas PSSGM. Semoga lebih berjaya di masa akan datang.